Antara persiapan seorang pelajar sebelum belajar ilmu tajwid adalah :
Blog tentang asas mempelajari tajwid khusus di bawah tajuk makhraj dan sifat huruf.
Saturday, August 8, 2020
2.2 Persiapan Seorang Pelajar Sebelum Belajar Ilmu Tajwid -1
5.5 Melazimi Talaqqi dan Musyafahah Bersama Guru
Selain itu, pelajar yang ingin mengusai makhraj dan sifat huruf serta membaca al_Quran dengan betul adalah dengan sentiasa melazini Talaqqi Dan Musyafahah.
Talaqqi bermaksud murid membaca di hadapan guru manakala guru mendengar dan membetulkan apa-apa kesalahan murid.
Musyafahah pula bermaksud guru membaca di hadapan murid dan murid mendengar bacaan guru.
Kedua-dua cara ini amat penting kerana terdapat kalimah-kalimah yang berbeza sebutan dengan tulisan. Contohnya :
(Surah An Naml : Ayat 21)
Surah Az Zariyat : Ayat 48
Selain itu, talaqqi dan musyafahah ini juga adalah merupakan sunnah dan amalan Rasulullah s.a.w yang bertalaqqi dan musyafahah dengan malaikat Jibrail sebagaimana firman Allah:
Surah Toha : 114
5.3 Mengambil Perhatian Kesalahan-kesalahan yang Sering Berlaku
Antara kesalahan yang sering berlaku dalam menyebut sesuatu huruf dengan tepat adalah apabila huruf nipis berada sebelum atau selepas huruf tebal. Kebanyakan pembaca al-Quran akan terpengarug dengan bacaan tebal sehingga menebalkan tanpa sedar huruf nipis tersebut.
Contohnya:
5.2 Menguasai sifat tebal dan nipis huruf
Bacaan Nipis (Tarqiq) dan Bacaan Tebal (Tafkhim)
Masalah tebal dan nipis dalam bacaan amat penting dan dititikberatkan dalam pengajian ilmu tajwid. Kepentingan bab ini dibuktikan apabila dalam kitab-kitab tajwid yang besar, tajuk ini dibincangkan secara khusus dan berasingan dengan tajuk yang lain.
Permasalahan tebal dan nipis dalam bacaan adalah penyempurnaan bagi makhraj dan sifat daripada praktikal sebutan.
Pengertian Tarqiq:
Cara bacaan tarqiq:
Pengertian tafkhim:
Cara bacaan tafkhim:
Antara tajuk utama yang perlu diberi perhatian oleh para pelajar ilmu tajwid adalah :
1. Huruf istifal yang sentiasa dibaca nipis.
2. Huruf isti'la' yang sentiasa dibaca tebal.
3. Huruf ra' yanmg kadang-kadang dibaca tebal dan kadang-kadang dibaca nipis.
4. Huruf lam pada lafaz Al-JAlalah
5. Huruf alif (mad)
5.1 Mengenali semua alat pengucapan
Antara strategi untuk pelajar menguasai makhraj dan sifat huruf adalah mengusai semua alat-alat atau organ yang terlibat dalam suara manusia.
Antara alat-alat yang dimaksudkan tersebut adalah :
Gambarajah berlabel.
Thursday, August 6, 2020
4.7 Gambarajah dan Jadual Sifat Huruf Semua Huruf Al-Quran
4.5 Tahap-tahap Sifat Huruf
4.4 Huraian Sifat- sifat Lazimah (Sifat Berlawanan)
4.3 Mengenal Sifat Huruf Lazimah dan Sifat Huruf 'Aridhah
3.4 Mengenali Makhraj Am dan Makhraj Khas
3.3 Cara-cara Mengetahui Makhraj Huruf Al-Quran
3.3 Cara-cara Mengetahui Makhraj Huruf Al-Quran
Para ulama dahulu menggunakan satu cara untuk mengetahui makhraj huruf (kecuali huruf Mad) iaitu menyukunkan (mematikan) huruf yang berkenaan dengan sukun ( * ) dan didahului huruf Hamzah al-wasl ( *) diberi tanda bacaan baris fathah ( *) atau kasroh ( *) atau dhommah (*) untuk mencapai bacaan tanda sukun , kemudian membacanya dan meneliti tempat memutus suaranya, maka tempat memutus suaranya adalah makhraj huruf yang berkenaan.
Contoh kita hendak mengetahui makhraj huruf ba (*) , ia ditanda sukun (*) dan didahului Hamzah al- wasl (*) , kemudian kita membacanya 3 kali, maka tempat memutus suara huruf ba (*) adalah di bibir mulut, ia adalah makhraj huruf ba (*) , demikian caranya bagi huruf - huruf yang lain.
3.2 Mengenal Jenis Makhraj Huruf Al-Quran
Monday, August 3, 2020
2.1 Pendahuluan
1.3 Mengenali Kesalahan-kesalahan Dalam Bacaan Al-Quran ( Al-Lahn) - 1
1.2.4 Faedah Mempelajari Ilmu Tajwid dan Kesan Buruk Pengabaian
1.2.2 Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid
Hukum mempelajari imu tajwid adalah Fardhu Kifayah.
1.2 Memahami Asas Ilmu Tajwid
Dari segi bahasa bermaksud mencantikkan atau mengelokkan.
Dari segi istilah pula ia bermaksud suatu ilmu untuk mnegtahui cara melafazkan huruf-huruf al-Quran dengan betul.
Sebahagian ulama' pula menerangkan ilmu tajwid ini adalah untuk menunaikan hak setiap huruf al-Quran dan apa yang sepatutnya bagi sesuatu huruf al-Quran itu. Hak huruf yang dimaksudkan adalah dengan menunaikan apa yang sepatutnya bagi huruf tersebut daripada makhrajnya, sifat-sifatnya, dengungnya, panjangnya, tebal atau nipisnya. (rujukan : nihayah al-qaul al mufid mls 13)
Sebahagian ulama' yang lain pula menyatakan tajwid adalah ilmu yang menerangkan hukum-hkum serta kaedah semasa membaca al-Quran menepati bacaan Rasulullah. s.aw. ( (rujukan : nihayah al-qaul al mufid mls 9)