4.3 Mengenal Sifat Huruf Lazimah dan Sifat Huruf 'Aridhah
Secara umumnya, sifat-sifat huruf Al-Quran dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Sifat Lazimah dan Sifat 'Aridhah.
4.3.1 SIFAT LAZIMAH:
Maksud Sifat Lazimah adalah sifat kekal yang pasti ada bagi setiap sebutan huruf dalam semua keadaannya dan tidak terpisah daripadanya samada huruf tersebut berbaris atau mati (sukun).
Para Ulama' Qurra' telah bersepakat jumlah kesemua sifat-sifat lazimah (sifat kekal) pada huruf-huruf al-Quran adalah sebanyak 17 sifat. Kesemua sifat ini dibahagikan pula kepada 2 bahagian iaitu:
i) Sifat-sifat yang berlawanan.
ii) Sifat-sifat tidak berlawanan (tunggal).
Sifat-sifat Berlawanan :
Sifat-sifat huruf lazimah yang berlawanan ada 5 pasangan iaitu sebanyak 10 sifat.
Secara ringkasnya, pasangan berlawanan yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
Jahar (جهر) lawannya Hams ( همس)
Syiddah (ِشدة) lawannya Rakhawah (رخاوة). Antara kedua sifat ini ada sifat pertengahan yang dinamakan Tawassut (توسط)
Isti'la' (استعلاء ) lawannya (استفال)
Itbaq (اطباق) lawannya ( انفتاح )
Izlaq (اذلاق) lawannya Ismat ( اسمات)
Sifat Tanpa Lawan (Tunggal)
Sifat Tunggal (tanpa lawan) bagi huruf-huruf al-Quran ada 7 sifat iaitu :
Qalqalah (قلقلة)
Safir (صفير)
Tafassyi (تفشي)
Istitolah (استطالة)
Inhiraf (انحراف)
Takrir (تكرير)
Lin (لين)
4.3.2 SIFAT 'ARIDHAH
Sifat 'Aridhah) sifat yang mendatang yang terdapat pada sesuatu huruf adalah sebanyak 11 sifat. Sifat itu kadangkala terpisah daripada huruf tersebut dan kadangkala bersamanya pada keadaan yang lain pula.
Antara sifat 'Aridhah (mendatang) pada sesuatu huruf adalah :
Izhar (اظهار)
Ikhfa' (اخفاء(
Idgham (ادغام)
Iqlab (اقلاب)
Saktah (سكته)
Tafkhim (تفخيم)
Tarqiq (ترقيق)
Mad (مد)]
Qasr (قصر)
Sukun (سكون)
Harakah (حركة)
No comments:
Post a Comment