Monday, August 10, 2020

4.3 Mengenal Sifat Huruf Berlawan -3

 4.3 Mengenal Sifat Huruf Berlawan -3


Isti'la'



Istifal

4.3 Mengenal Sifat Huruf Berlawan -2

 4.3 Mengenal Sifat Huruf Berlawan -2


Syiddah  

tawaassut

Rakhawah

4.4 dan Sifat Huruf Tidak Berlawan (tunggal)

 4.4 Sifat Huruf  Tidak Berlawan (tunggal)

3.6 Jadual Makhraj Huruf Al-Quran

 Berbentuk jadual 


Dalam microsoft word

3.5 Gambarajah Makhraj Semua Huruf Al-Quran

 Berbentuk gambar berlabel


Dalam word.

3.4.1 Huraian 17 Makhraj Khas -3

 Makhraj Bibir 

15. Tempat keluar huruf :   Perut bibir bawah menekan gigi kacip atas

    Huruf :  ف


16. Tempat keluar huruf :   Dua bibir

       Huruf :  و ( dua bibir muncung)

       Huruf :   ب    م   ( dua bibir tutup)

 

17. Tempat keluar huruf :   Pangkal hidung 

       Huruf :  Bunyi dengung  ن   dan     م

3.4.1 Huraian 17 Makhraj Khas -2

 Makhraj Lidah :

5. Tempat keluar huruf :  Pangkal lidah dan lelangit lembut

    Huruf : ق    


6. Tempat keluar huruf :   Pangkal lidah dan lelangit lembut dan keras

    Huruf : ك  


7. Tempat keluar huruf :   Tengah lidah dan lelangit keras 

    Huruf :  ج   ش     ي


8. Tempat keluar huruf :   Kedua-dua tepi lidah menekan gigi geraham atas

    Huruf : ض


9. Tempat keluar huruf :   Tepi depan lidah pada gusi sekadar 8 batang gigi kacip atas.

    Huruf :  ل


10. Tempat keluar huruf :   Hujung lidah dan gigi kacip atas

    Huruf  : ن


11. Tempat keluar huruf :   Hujung lidah dan gigi kacip atas, berdekatan dengan makhraj  ن

    Huruf  : ر


12. Tempat keluar huruf :   Hujung lidah dan pangkal gigi kacip atas

    Huruf :   ت   د     ط


13. Tempat keluar huruf :   Hujung lidah dan gigi kacip atas ( lidah keluar sedikit)

    Huruf :  ث   ذ    ظ


14. Tempat keluar huruf :   Hujung lidah dan gigi kacip bawah

    Huruf :  ز    س    ص 

3.4.1 Huraian 17 Makhraj Khas -1

Huraian 17 Makhraj Khas ini adalah penjelasan kepada cara penyebutan huruf-huruf Al-Quran satu persatu. 


Makhraj Rongga:

1. Tempat keluar huruf : Dari rongga halqum hingga rongga mulut.

    Huruf : Huruf-huruf Mad   ا  ، و  ، ي 


Makhraj Halqum:

2. Tempat keluar huruf : Pangkal Halqum 

     Huruf : ء   هـــ

        

3.Tempat keluar huruf : Tengah Halqum 

    Huruf :  ع     ح


4.Tempat keluar huruf :  Paling atas Halqum

    Huruf : غ      خ












 



Sunday, August 9, 2020

2.3 Persiapan Seorang Pelajar Semasa Belajar Ilmu Tajwid -2

 


4.  Mendengar dan Memerhati Mulut Guru

Ketika guru membaca al Quran dalam halaqah, pelajar hendaklah mendengar dan memerhati mulut guru. Inilah pentingnya kaedah talaqqi musyafahah. Hanya dengan bertalaqqi, seorang pelajar boleh mendengar sambil memerhati lidah dan pergerakan mulut gurunya. Setiap gerakan lidah, tempat letaknya akan membezakan bunyi dan ketepatan makhraj dan sifat huruf. Begitu juga, cara bukaan mulut  dan bentuknya juga akan mempengaruhi ketepatan bacaan kita.

Oleh yang demikian, menjadi tuntutan seorang pelajar untuk duduk mendengar dengan teliti bacaan gurunya sambil memerhati mulut guru untuk memperoleh ketepatan bacaan. 

5. Membaca berulang kali dan membanyakkan latihan 

Sebelum berjumpa guru, pelajar yang baik akan membaca sebanyak mungkin ayat yang akan dibaca di hadapan gurunya. Semasa latihan ini, pelajar digalakkan membaca secara tahqiq iaitu lambat-lambat dan menyebut berulang kali kalimah yang agak sukar disebut. Banyak kelebihan jika Al-Quran ini dibaca berulang kali, antaranya adalah :

  1. Menjadikan lidah lembut dan ringan menyebut ayat-ayat al-Quran.
  2. Boleh mengurangkan kesalahan kerana telah berlatih.
  3. Boleh membaca lebih banyak depan guru kerana kesalahan hanya sedikit sahaja.
  4. Dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda iaitu 1 huruf dijanjikan sebanyak 10 pahala .

2.2 Persiapan seorang Pelajar Sebelum Belajar Ilmu Tajwid -2

 4) Pemilihan rakan belajar


Selain itu, pemilihan rakan belajar  juga sangat penting dalam memastikan kejayaan dan keberhasilan pengajian. Pelajar harus memilih rakan yang rajin, berakhlak mulia, warak dan mampu memahami pelajaran satu persatu. Sebaliknya, pelajar harus berhati-hati dan cuba hindari dengan sebahagian rakan yang bersikap malas, banyak bercakap, cuai dan suka merosakkan. 

5) Bersabar dengan keinginan peribadi  dan dugaan yang mendatang

Ada kata-kata hikmah menyatakan : " Khazanah cita-cita itu tersimpan di dalam banyak dugaan". Oleh itu, menjadi kebiasaan sesiapa yang ingin mencapai cita-cita hendaklah berlawan dengan keinginan nafsu  dan apa juga dugaan yang mengujinya.

Saidina 'Ali r.a juga ada meninggalkan pesanan kepada kita dalam bentuk syair:
"Ketahuilah bahawa engkau tidak akan mencapai ilmu dan tidak akan sampai kepadanya melainkan dengan enam perkara. 
Aku akan terangkan kepada engkau satu persatu
Kecerdikan, keinginan yang kuat, kesabaran, bulghah (memadai dengan apa yang ada), petunjuk guru dan lamanya masa".

Justeru, menjadi kewajipan seorang pelajar sebelum memulakan langkah untuk mendalami ilmu ini untuk bersedia berlawan dengan hawa nafsu sendiri yang sentiasa menghalang kita untuk melakukan kebaikan juga bersedia untuk berhadapan dengan apa jua dugaan yang datang untuk menguji keikhlasannya.

1.4 Mengenali Tingkatan-tingkatan Bacaan Al-Quran

 1.4 Mengenali Tingkatan-tingkatan Bacaan Al-Quran


Terdapat 4 tingkatan bacaan Al-Quran:


At-Tahqiq

At-Tartil

Al-Hadr

At-Tadwir


Cara bacaan paling baik


Hukum bacaan yang cepat dan menjaga hukum  tajwid

huku  bacaan cepat tanpa menjaga hukum tajwid

1.3 Mengenali Kesalahan-kesalahan Dalam Bacaan Al-Quran (Al-Lahn) - 2

 1.3.2. Kesalahan Yang Tersembunyi (اللحن الخفي)

         
Kesalahan yang tersembunyi adalah kesalahan yang tidak membawa kepada perubahan makna. Ia dinamakan kesalahan yang tersembunyi kerana ia hanya dapat dikesan oleh mereka yang mahir dalam ilmu tajwid di lkalangan ahli-ahli pembaca al-Quran dan tidak pada orang-orang biasa..


Antara kesalahan yang termasuk dalam kesalahan yang tersembunyi adalah:

i) Meninggalkan dengung, izhar, idgham dan ikhfa'.
ii) Tidak dapat menetukan kadar harakat mad dengan tepat.
iii) Tidak menebalkan (tafkhim) atau menipiskan (tarqiq) huruf.
iv)Tidak dapat membaca sesuatu huruf dengan makhraj dan sifat huruf yang sempurna.

Hukum Bagi Kesalahan Yang Tersembunyi

Kesalahan-kesalahan yang tersembunyi dihukumkan makruh dan aib di sisi ahli-ahli pembaca al-Quran. Ia adalah kerana bacaan yang mengandungi kesalahan-kesalahan ini akan melenyapkan kesinaran bacaan al-Quran.

Kesalahan-kesalahan tersembunyi ini, tidak merosakkan sembahyang tetapi pembaca al-Quran mestilah sedaya upaya untuk belajar dan tidak mempermudah-mudahkannya. Mereka haruslah terus belajar dan membetulkan bacaan al-Quran agar terhindar daripada kesalahan-kesalahan tersembunyi ini. 

1.2.3 Dalil Wajib Praktik Ilmu Tajwid

1.2.3   Dalil Wajib Praktik Ilmu Tajwid


Terdapat beberapa dalil atau bukti kewajipan membaca al-Quran secara bertajwid.  Kita senaraikan di sini dalil daripada Al-Quran sendiri, hadis Rasulullah s.a.w dan juga ijma' ulama'.


1. Dalil Al-Quran :

Firman Allah dalam Surah Al-Muzzammil ayat  4 : 


Maksudnya :  Bacalah Al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)


Firman Allah lagi  dalam Surah Al-Furqan ayat 32:

Maksudnya : Dan Kami (Allah) telah bacakan Al-Quran itu kepada Muhammad secara tartil (bertajwid).

Selain itu, Allah memberi  pujian kepada hamba yang memelihara Al-Quran dan membacanya dengan baik. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 121:



Maksudnya : Iaitu orang yang Kami berikan mereka Kitab dan mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya.




2. Dalil As-Sunnah :

Hadis riwayat Ummu Salamah r.a (isteri Rasulullah s.a.w) apabila ditanya tentang bagaimanakah bacaan Rasulullah s.a.w dan solat baginda. Ummu Salamah menjawab :




Maksudnya :  Ketahuilah kamu semua adalah menjadi kelaziman baginda Nabi s.a.w bersolat kemudian tidur dengan kadar lamanya baginda bersolat tadi. Kemudian baginda solat semula dengan kadar lamanya baginda tidur. Kemudian baginda tidur semula dengan kadar selama baginda solat. Begitulah keadaan baginda sehingga menjelang Subuh. Kemudian (Ummu Salamah) menunjukkan cara bacaan Rasulullah s.a.w. Beliau menunjukkan  satu bacaan yang menjelaskan (sebutan) huruf-hurufnya satu persatu. 

(Hadis 2847 , Jamik At-Tirmizi)




3. Dalil daripada Ijma' Ulama':

Para ulama' sepanjang zaman sejak zaman Rasulullah s.a.w sehingga sekarang sepakat menyatakan bahawa hukum membaca Al-Quran secara bertajwid adalah fardhu dan wajib. Imam Ibnu Al-Jazari dalam Kitab Matan Al-Muqaddimah menyatakan kewajipan ini dalam puisinya : 




Maksudnya : 

Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan,
Kerana berdosa tidak mengelokkan bacaan,
Kerana Al-Quran itu turunnya daripada Tuhan,
Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan,
Tajwid juga hiasan bacaan,
Dan hiasan sebutan dan bacaan .

( Matan Muqaddimah Imam Al-Jazari : Baris 27-29).



Manakala pengarang kitab Nihayah Qaulu al-Mufid menyatakan dalam dalam kitabnya : Sesungguhnya  telah sepakat semua imam daripada kalangan ulama' yang dipercayai bahawa Tajwid adalah sesuatu yang wajib sejak zaman Nabi s.a.w lagi sehingga sekarang. Tiada seorang pun yang mempertikaikan kewajipan ini.

( Al-Juraisi, Muhammad Makki Nasr, Nihayatul Qaul , m/s 11)

1.1.2 Riwayat Bacaan Al-Quran Di Malaysia

1.1.2  Riwayat Bacaan Al-Quran  Di Malaysia


10 Qiraat yang mutawatir

Riwayat Hafs 'An 'Asim


1.1.1 Sejarah Penulisan Ilmu Tajwid

 1.1.1  Sejarah Penulisan Ilmu Tajwid

Sejarah penulisan Ilmu Tajwid telah dibincang secara panjang lebar dalam banyak kitab. Sejarah penulisan ini biasanya ditulis dan dibicarakan bersama dengan sejarah tentang ilmu Qiraat Al-Quran, kerana kedua-dua ilmu ini sangat berkait rapat dan berhubung antara keduanya. Bagaimanapun di sini, saya hanya memetik secara ringkas sahaja catatan sejarah penulisan ilmu tajwid.



bersambung.....