4. Mendengar dan Memerhati Mulut Guru
Ketika guru membaca al Quran dalam halaqah, pelajar hendaklah mendengar dan memerhati mulut guru. Inilah pentingnya kaedah talaqqi musyafahah. Hanya dengan bertalaqqi, seorang pelajar boleh mendengar sambil memerhati lidah dan pergerakan mulut gurunya. Setiap gerakan lidah, tempat letaknya akan membezakan bunyi dan ketepatan makhraj dan sifat huruf. Begitu juga, cara bukaan mulut dan bentuknya juga akan mempengaruhi ketepatan bacaan kita.
Oleh yang demikian, menjadi tuntutan seorang pelajar untuk duduk mendengar dengan teliti bacaan gurunya sambil memerhati mulut guru untuk memperoleh ketepatan bacaan.
5. Membaca berulang kali dan membanyakkan latihan
Sebelum berjumpa guru, pelajar yang baik akan membaca sebanyak mungkin ayat yang akan dibaca di hadapan gurunya. Semasa latihan ini, pelajar digalakkan membaca secara tahqiq iaitu lambat-lambat dan menyebut berulang kali kalimah yang agak sukar disebut. Banyak kelebihan jika Al-Quran ini dibaca berulang kali, antaranya adalah :
- Menjadikan lidah lembut dan ringan menyebut ayat-ayat al-Quran.
- Boleh mengurangkan kesalahan kerana telah berlatih.
- Boleh membaca lebih banyak depan guru kerana kesalahan hanya sedikit sahaja.
- Dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda iaitu 1 huruf dijanjikan sebanyak 10 pahala .
No comments:
Post a Comment