4) Pemilihan rakan belajar
Selain itu, pemilihan rakan belajar juga sangat penting dalam memastikan kejayaan dan keberhasilan pengajian. Pelajar harus memilih rakan yang rajin, berakhlak mulia, warak dan mampu memahami pelajaran satu persatu. Sebaliknya, pelajar harus berhati-hati dan cuba hindari dengan sebahagian rakan yang bersikap malas, banyak bercakap, cuai dan suka merosakkan.
5) Bersabar dengan keinginan peribadi dan dugaan yang mendatang
Ada kata-kata hikmah menyatakan : " Khazanah cita-cita itu tersimpan di dalam banyak dugaan". Oleh itu, menjadi kebiasaan sesiapa yang ingin mencapai cita-cita hendaklah berlawan dengan keinginan nafsu dan apa juga dugaan yang mengujinya.
Saidina 'Ali r.a juga ada meninggalkan pesanan kepada kita dalam bentuk syair:
"Ketahuilah bahawa engkau tidak akan mencapai ilmu dan tidak akan sampai kepadanya melainkan dengan enam perkara.
Aku akan terangkan kepada engkau satu persatu
Kecerdikan, keinginan yang kuat, kesabaran, bulghah (memadai dengan apa yang ada), petunjuk guru dan lamanya masa".
Justeru, menjadi kewajipan seorang pelajar sebelum memulakan langkah untuk mendalami ilmu ini untuk bersedia berlawan dengan hawa nafsu sendiri yang sentiasa menghalang kita untuk melakukan kebaikan juga bersedia untuk berhadapan dengan apa jua dugaan yang datang untuk menguji keikhlasannya.
No comments:
Post a Comment