Sunday, August 9, 2020

1.2.3 Dalil Wajib Praktik Ilmu Tajwid

1.2.3   Dalil Wajib Praktik Ilmu Tajwid


Terdapat beberapa dalil atau bukti kewajipan membaca al-Quran secara bertajwid.  Kita senaraikan di sini dalil daripada Al-Quran sendiri, hadis Rasulullah s.a.w dan juga ijma' ulama'.


1. Dalil Al-Quran :

Firman Allah dalam Surah Al-Muzzammil ayat  4 : 


Maksudnya :  Bacalah Al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)


Firman Allah lagi  dalam Surah Al-Furqan ayat 32:

Maksudnya : Dan Kami (Allah) telah bacakan Al-Quran itu kepada Muhammad secara tartil (bertajwid).

Selain itu, Allah memberi  pujian kepada hamba yang memelihara Al-Quran dan membacanya dengan baik. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 121:



Maksudnya : Iaitu orang yang Kami berikan mereka Kitab dan mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya.




2. Dalil As-Sunnah :

Hadis riwayat Ummu Salamah r.a (isteri Rasulullah s.a.w) apabila ditanya tentang bagaimanakah bacaan Rasulullah s.a.w dan solat baginda. Ummu Salamah menjawab :




Maksudnya :  Ketahuilah kamu semua adalah menjadi kelaziman baginda Nabi s.a.w bersolat kemudian tidur dengan kadar lamanya baginda bersolat tadi. Kemudian baginda solat semula dengan kadar lamanya baginda tidur. Kemudian baginda tidur semula dengan kadar selama baginda solat. Begitulah keadaan baginda sehingga menjelang Subuh. Kemudian (Ummu Salamah) menunjukkan cara bacaan Rasulullah s.a.w. Beliau menunjukkan  satu bacaan yang menjelaskan (sebutan) huruf-hurufnya satu persatu. 

(Hadis 2847 , Jamik At-Tirmizi)




3. Dalil daripada Ijma' Ulama':

Para ulama' sepanjang zaman sejak zaman Rasulullah s.a.w sehingga sekarang sepakat menyatakan bahawa hukum membaca Al-Quran secara bertajwid adalah fardhu dan wajib. Imam Ibnu Al-Jazari dalam Kitab Matan Al-Muqaddimah menyatakan kewajipan ini dalam puisinya : 




Maksudnya : 

Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan,
Kerana berdosa tidak mengelokkan bacaan,
Kerana Al-Quran itu turunnya daripada Tuhan,
Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan,
Tajwid juga hiasan bacaan,
Dan hiasan sebutan dan bacaan .

( Matan Muqaddimah Imam Al-Jazari : Baris 27-29).



Manakala pengarang kitab Nihayah Qaulu al-Mufid menyatakan dalam dalam kitabnya : Sesungguhnya  telah sepakat semua imam daripada kalangan ulama' yang dipercayai bahawa Tajwid adalah sesuatu yang wajib sejak zaman Nabi s.a.w lagi sehingga sekarang. Tiada seorang pun yang mempertikaikan kewajipan ini.

( Al-Juraisi, Muhammad Makki Nasr, Nihayatul Qaul , m/s 11)

No comments:

Post a Comment