1.3.2. Kesalahan Yang Tersembunyi (اللحن الخفي)
Kesalahan yang tersembunyi adalah kesalahan yang tidak membawa kepada perubahan makna. Ia dinamakan kesalahan yang tersembunyi kerana ia hanya dapat dikesan oleh mereka yang mahir dalam ilmu tajwid di lkalangan ahli-ahli pembaca al-Quran dan tidak pada orang-orang biasa..
Antara kesalahan yang termasuk dalam kesalahan yang tersembunyi adalah:
i) Meninggalkan dengung, izhar, idgham dan ikhfa'.
ii) Tidak dapat menetukan kadar harakat mad dengan tepat.
iii) Tidak menebalkan (tafkhim) atau menipiskan (tarqiq) huruf.
iv)Tidak dapat membaca sesuatu huruf dengan makhraj dan sifat huruf yang sempurna.
Hukum Bagi Kesalahan Yang Tersembunyi
Kesalahan-kesalahan yang tersembunyi dihukumkan makruh dan aib di sisi ahli-ahli pembaca al-Quran. Ia adalah kerana bacaan yang mengandungi kesalahan-kesalahan ini akan melenyapkan kesinaran bacaan al-Quran.
Kesalahan-kesalahan tersembunyi ini, tidak merosakkan sembahyang tetapi pembaca al-Quran mestilah sedaya upaya untuk belajar dan tidak mempermudah-mudahkannya. Mereka haruslah terus belajar dan membetulkan bacaan al-Quran agar terhindar daripada kesalahan-kesalahan tersembunyi ini.
No comments:
Post a Comment