1.2 MEMAHAMI ASAS TAJWID
Sebelum kita belajar tentang ilmu tajwid, sebaiknya kita mengetahui dan memahami perkara-perkara penting yang berkait dengan ilmu ini. Dalam bab 1 ini, kita akan pelajari asas ilmu tajwid dari segi pengertian bahasa dan istilah dan pandangan ulama', hukum mempelajari ilmu tajwid, dalil kewajipan kita mempraktikkan ilmu tajwid ini dalam bacaan kita seharian, faedah apabila kita mempelajari ilmu tajwid dan kesan buruk jika kita mengabaikannya.
1.2.1 Pengertian Ilmu Tajwid:
Dari segi bahasa bermaksud mencantikkan atau mengelokkan.
Dari segi istilah pula ia bermaksud suatu ilmu untuk mnegtahui cara melafazkan huruf-huruf al-Quran dengan betul.
Sebahagian ulama' pula menerangkan ilmu tajwid ini adalah untuk menunaikan hak setiap huruf al-Quran dan apa yang sepatutnya bagi sesuatu huruf al-Quran itu. Hak huruf yang dimaksudkan adalah dengan menunaikan apa yang sepatutnya bagi huruf tersebut daripada makhrajnya, sifat-sifatnya, dengungnya, panjangnya, tebal atau nipisnya. (rujukan : nihayah al-qaul al mufid mls 13)
Sebahagian ulama' yang lain pula menyatakan tajwid adalah ilmu yang menerangkan hukum-hkum serta kaedah semasa membaca al-Quran menepati bacaan Rasulullah. s.aw. ( (rujukan : nihayah al-qaul al mufid mls 9)

No comments:
Post a Comment