Penulis diberi nama Norhafizah binti Mat Yusoff. Anak ke 4 dari 11 beradik. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan kini menetap di Kuala Nerus, Terengganu. Telah berkahwin dan direzekikan 7 cahayamata. Suami berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSza Gong Badak.
Latar belakang pendidikan awal bermula SK Mentuan Kota Bahru, Kelantan. Pendidikan menengah pula di SMU (A) Ar-Rahmah Kenali dan juga SMU (A) Amir Indera Petra. Selepas PMR, beliau menyambung pengajian ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Selepas SPM, beliau terus melanjutkan pelajaran ke Pra Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri sebelum seterusnya menyambung peringkat ijazah Sarjana Muda dan Master Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang Usuluddin (Al-Quran dan Al-Hadith).
Semasa menyiapkan tesis Master, beliau telah mengambil Diploma Pendidikan dengan memohon KPLI. Pada tahun 2004, beliau mula berkhidmat sebagai seorang guru dan sekolah pertama tempat beliau berkhidmat adalah di Kota Belud, Sabah.
Pengalaman kerja beliau adalah berkhidmat sebagai penjawat awam sekolah kerajaan selama 11 tahun ( 2004- 2015). Jun 2015 beliau akhirnya nekad meletak jawatan atas banyak faktor.
Setelah bergelar suri rumah sepenuh masa, beliau mempunyai banyak masa untuk kembali belajar dan menampung lompang-lompang ilmu yang ada. Antaranya beliau mengikuti Kelas Talaqqi Al-Quran dan Kelas Tahsin Al-Quran Untuk Guru di bawah Pusat Talaqqi Batu Rakit, Terengganu. Pengalaman berguru dan bertalaqqi dengan guru Al-Quran (Syeikhah) dari Yaman sejak akhir tahun 2018 hingga kini, banyak menyedarkan beliau tentang pentingnya berguru dalam proses belajar al Quran dan banyak memperkukuhkan lagi kefahamannya tentang Ilmu Tajwid al-Quran.
Bertitik tolak daripada itu, timbul keinginan penulis untuk berkongsi dengan orang lain, ilmu Asas Tajwid yang beliau dapati daripada Kelas Talaqqi. Untuk permulaan, penulis cuba berkongsi tentang Sifat dan Makhraj Huruf sahaja kerana sepanjang pemerhatian beliau, ia adalah antara cabang ilmu tajwid yang kurang sampai kepada ramai orang.
No comments:
Post a Comment