Monday, August 3, 2020

1.2.2 Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid

1.2.2  Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid


Hukum mempelajari imu tajwid adalah Fardhu Kifayah. 

Manakala hukum mempraktikkannya dalam bacaan pula adalah Fardhu 'Ain.

Maksud mempelajari ilmuTajwid adalah Fardhu Kifayah adalah dalam sesuatu tempat itu mesti ada seorang atau beberapa orang yang mengetahui ilmu Tajwid  dan boleh menjadi rujukan ilmu Tajwid bagi masyarakat setempat. 

Jika tiada seorang pun dalam sesuatu kawasan itu orang mahir dalam ilmu tajwid dan menjalankan kewajipannya mengajarkannya kepada penduduk kawasannya, maka kesemua penduduk kanwasan tersebut adalah berdosa. ( Al-Juraisi, Muhammad Makki Nasr, Nihayatul Qaul , m/s 13)

Walaupun pada dasarnya hukum mempelajar ilmu Tajwid adalah fardhu kifayah, tetapi bagaimana mungkin tercapai matlamat bacaan al-Quran yang betul  kecuali dengan mempelajarinya terlebih dahulu. Sesungguhnya tiada seorang pun manusia di dunia ini dilahirkan dengan kepandaian dalam sesuatu ilmu kecuali mempelajarinyaterlebih dahulu. 

Oleh yang demikian begitulah juga dengan ilmu tajwid. Tuntutan membacanya dengan tajwid yang betul adalah Fardhu 'Ain, maka mempelajari ilmu tajwid yang pada asalnya adalah sunat telah menjadi wajib  kerana tuntutan tersebut.




No comments:

Post a Comment