Saturday, August 8, 2020

2.2 Persiapan Seorang Pelajar Sebelum Belajar Ilmu Tajwid -1

 Antara persiapan seorang pelajar sebelum belajar ilmu tajwid  adalah :


1) Membetulkan niat. 

  Rasulullah s.a.w bersabda : 
إنما الأعمال بالنيات

Maksudnya : Sesungguhnya segala amalan itu bergantung dengan niat.

Sebelum belajar, pelajar harus meniatkan tujuan dia belajar adalah untuk mendapat keredhan Allah dan balasan syurga di akhirat. Pelajar juga harus berniat bahawa tujuan dia belajar adalah untuk menghilangkan kejahilan berkait dengan ilmu tajwid Al-Quran yang ada pada dirinya serta  ingin menjaga kesucian Al-Quran daripada tersalah baca atau bacaan yang tidak menepati bacaan Rasulullah s.a.w. 

2) Pemilihan guru

Pembelajaran Al-Quran ada syarat dan rukunnya. Tidak akan sempurna bacaan seseorang itu hanya melalui bacaan dari kitab Al-Quran dan buku-buku tajwid semata-mata. Pembelajaran  Al-Quran mestilah di hadapan guru yang mempunyai sanad sahih dalam bidang Al-Quran. Ini bertepatan dengan  apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w semasa baginda mengambil bacaan daripada Malaikat Jibril a.s dan malaikat Jibril telah mengambil bacaan daripada Rasulullah s.a.w.

Pembelajaran al-Quran memerlukan guru yang mahir  dan ikhlas berkhidmat mengajar dan hidup bersama al-Quran. 

3) Sabar dan tetap pada seorang guru dan sesuatu bahagian ilmu

Apabila seseorang pelajar telah memilih untuk belajar ilmu tajwid dan telah memilih guru yang baik, menjadi tanggungjawabnya  untuk menyediakan hati yang sabar dan tetap untuk meyempurnakan pengajiannya. Ini kerana, jika seseorang pelajar itu tidak menyempurnakan pengajiannya atau sibuk dengan pengajian lain, ia boleh merosakkan urusan pengajian. Tindakan ini juga akan mengundang masalah dan menyibukkan hati, menghilangkan waktu dan paling ditakuti boleh menyakiti hati guru yang boleh menghilangkan keberkatan ilmu.

 

No comments:

Post a Comment