Monday, August 3, 2020

2.1 Pendahuluan


2.1 Pendahuluan

Mempelajari ilmu tajwid adalah semulia-mulia pekerjaan kerana ia berkait dengan semulia-mulia kitab di sisi Allah subhanahu wataala. Rasulullah s.a.w bersabda :

خيركم من تعلم القرءان وعلمه

Maksudnya : Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya. 

(Hadis riwayat al-Bukhari)   


Apabila seseorang telah berhajat untuk mempelajari atau mendalami ilmu tajwid, dia harus mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya samada persiapan sebelum, semasa atau selepas belajar.
 

2.1.1 Antara Adab seorang pelajar Ketika Ingin Belajar atau membaca Al-Quran :

1. Suci daripada hadas.
2. Mengadap Kiblat.
3. Bersih mulut, badan dan pakaian.
4. Hadir hati, khusyuk dan tadabbur.
5. Menjauhi perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan pelajaran.
6.Membaca Al-quran dengan tenang dan tartil dapat membantu dalam memahami ayat-ayat           yang dibaca.
7.Menjauhi suara-suara yang dikeji, lagu-lagu yang memparsendakan dan alat-alat muzik.
8.Apabila bertemu dengan ayat-ayat azab beristighfar kepada allah dan memohon perlindungan    dan apabila bertemu ayat-ayat rahmat atau syurga berdoa kepada allah.
9.Menuruti perintahnya dan menjauhi larangannya.
10.Apabila khatam al-quran hendaklah membaca lima ayat pertama daripada surah al-baqarah supaya al-quran sentiasa dalam keadaan dibaca.

No comments:

Post a Comment