Menurut pendapat kebanyakan ulama', tempat keluar huruf al-Quran (Makhaj Huruf Al-Quran) terbahagi kepada 5 makhraj yang utama ( Makhraj 'Am) dan 17 makhraj pecahan (Makhaj Khas).
Makhraj 'Am adalah anggota tempat keluar huruf secara am. Daripada 5 tempat keluar huruf yang utama ini, ada pula 17 tempat keluar huruf yang khas.
Lima makhraj yang utama (Makhraj Am) :
1. Rongga (Al-Jauf)
2. Kerongkong/ Halqum (al-Halq)
3. Lidah (Al-Lisan)
4. Bibir (Asy-Syafatain)
5. Pangkal hidung (Khaisyum)
Daripada 5 makhraj Am ini diperincikan pula cara sebutan huruf Al-Quran kepada 17 makhraj khas.
1. Makhraj rongga : Padanya ada 1 Makhraj Khas dan 3 huruf.
2. Makhraj Kerongkong/halqum :Padanya ada 3 Makhraj Khas dan mempunyai 6 huruf.
3. Makhraj Lidah (Al-Lisan) : Padanya ada 10 Makhraj Khas dan ada 18 huruf.
4. Makhraj Bibir ( Asy-Syafatain) : Padanya ada 2 Makhraj Khas dan 4 huruf.
5. Makhraj Pangkal Hidung (Al-Khaisyum) : Padanyaada 1 Makhraj Khas iaitu Ghunah.
No comments:
Post a Comment