2.3 Persiapan Seorang Pelajar Semasa Belajar Ilmu Tajwid
Antara persiapan seorang pelajar semasa belajar ilmu tajwid khususnya berkait dengan makhraj dan sifat huruf pula adalah:
1. Menyediakan peralatan yang sesuai
Antara peralatan atau bahan yang boleh digunakan untuk membantu kefahaman dalam pengajian adalah:
a) Cermin muka.
Fungsi cermin muka adalah untuk melihat kedudukan lidah dan bukaan mulut.
b) Poster atau gambar makhraj huruf
Poster dan gambar berkait dengan makhraj ini biasanya melibatkan gambar halqum, lidah, lelangit, hidung dan bibir.
2. Menyediakan buku catatan dan menghafalnya
Seorang pelajar yang baik, akan sentiasa memastikan sentiasa ada bersamanya buku nota atau buku catatan semasa menghadap guru dan belajar.
Saya teringat antara peringatan guru kami. Beliau menyatakan bahawa antara punca kelemahan pelajar adalah banyak belajar, tetapi tidak mahu mencatat dan ada juga sebahagian yang mecatat tetapi tidak menghafalnya.
3. Bersedia Untuk Ditegur dan diperbaiki bacaan
Di antara kesilapan ketika talaqqi al Quran ialah pelajar membaca ayat sebelum guru selesai membacanya. Perbuatan tersebut seolah-olah menunjukkan pelajar tidak suka ditegur oleh guru.
Peringatan Allah berkaitan tindakan ini ada di dalam Al-Quran. Firman Allah:
لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ
Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
No comments:
Post a Comment