1.1 PENDAHULUAN
Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia sebagai panduan hidup manusia keseluruhannya. Al-Quran diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s kepada Rasulullah s.a.w berperingkat-peringkat selama 23 tahun.
Rasulullah s.a.w telah menyempurnakan tugas baginda dengan mengajar dan menyampaikan al-Quran kepada para sahabat baginda. Para sahabat pula telah menerima ilmu berkaitan al-Quran ini dan menjaganya di dalam dada dan mempraktiknya dalam amalan mereka dan seterusnya mereka meneruskan tugas baginda Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan dan menyebarkan al-Quran dengan mengajar para tabi'ien selepas mereka. Begitulah seterusnya al-Quran ini diwariskan kepada generasi demi generasi sehingga sampai kepada kita pada hari ini.

Salah satu mukjizat al-Quran yang dijanjikan oleh Allah adalah ia terjaga dan terpelihara sifatnya sehingga hari kiamat. Al-Quran ini terpelihara samada dari segi tulisan dan juga bacaan. Walaupun Al-Quran ini telah wujud sejak beribu tahun dahulu, al-Quran yang kita baca dan guna pada hari ini adalah sama dengan yang diterima oleh Rasulullah s.a.w dahulu. Hebatnya ketentuan Allah ini yang tidak dapat kita jangkau dengan akal fikiran kita.
Sejak zaman Rasulullah s.a.w, baginda sangat berhati-hati dalam menjaga kesahihan bacaan baginda walaupun baginda telah terjamin terpelihara daripada melakukan kesilapan. Baginda tetap menyemak bacaan dengan malaikat Jibrail setahun sekali pada bulan Ramadhan. Hal ini dinyatakan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : ( m/s2)
Maksudnya :
Adalah Jibril a.s mengemukakan bacaan Al-Quran pada setiap tahun (pada bulan Ramadhan). Pada tahun baginda wafat, bacaannya dikemukakan dua kali. Adalah Nabi s.a.w beriktikaf 10 hari pada setiap tahun (bulan Ramadhan). Pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf 20 hari.

(Hadis 4614 Sahih Bukhari)
Rasulullah s.a.w mengajar dan menurunkan bacaan yang baginda terima daripada malaikat Jibril a.s tanpa mengubahnya dengan cara Talaqqi dan Musyafahah. Rasulullah s.a.w amat menitikberatkan pembelajaran dan ketepatan bacaan al-Quran dan perlunya bacaan al-Quran ini diambil daripada orang yang berkelayakan.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, baginda telah menentukan beberapa sahabat yang layak diambil bacaan mereka dengan menyebut nama sahabat tersebut satu persatu. Dalam sebuah hadis daripada Abdullah Ibnu 'Amr, Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya : Ambillah bacaan Al-Quran itu daripada empat orang iaitu Abdullah Ibnu Mas'ud, Salim, Mu'az bin Jabal dan Ubai bin Ka'ab .
Sahih Bukhari, Hadis ke 4615
Daripada secebis sirah Rasulullah ini, kita dapat mengambil iktibar bahawa pembacaan al-Quran secara tepat dan betul tidak boleh dipandang remeh. Sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi, dapat kita fahami wujud kaedah dan cara tersendiri untuk memastikan bacaan itu betul dan tepat sebagaimana ia diturunkan. Kaedah yang kita panggil sebagai Talaqqi dan Musyafahah itu adalah kaedah yang sangat ditekankan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan generasi demi generasi selepasnya hingga ke hari ini. Kaedah ini sangat penting demi memastikan bacaan tersebut berkesinambungan dari sebutan guru kepada guru yang lain sehingga kepada sebutan guru yang paling agung Rasululllah s.a.w.
Justeru, menjadi amanah kepada kita generasi hari ini untuk meneruskan warisan ini. Mudah-mudahan penulisan kecil ini menjadi salah satu asbab kita kembali mencari guru yang berkelayakan dan terus membetulkan bacaan al-Quran kita sehingga kita mampu mencapai bacaan sebenar sebagaimana ia diturunkan.
No comments:
Post a Comment